DMDI

Launch of Singapore Secretariat, Malay & Islamic World Organisation (DMDI)

Majlis Pusat will be signing an agreement with Jamiyah Singapore to form and lead "The Singapore Secretariat of the "The Malay & Islamic World Orgnaisation" ("Dunia Melayu Dunia Islam" or DMDI). The signing ceremony will be witnessed by Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, President of DMDI, who is also the Chief Minister Minister of Melaka.

Read More

Program Keusahawanan Sosial Majlis Pusat

Jika anda ibu atau bapa tunggal; atau seorang yang berpendapatan rendah; atau menghadapi kesukaran menyara kehidupan; atau anda seorang OKU (Orang Kurang Upaya), Majlis Pusat mengundang anda untuk menyertai Program Keusahawanan Sosial sebagai satu usaha untuk menjana pendapatan tambahan. Kami menawarkan dua program keusahawanan sosial.

Read More

MAJLIS PUSAT PERGIAT PROGRAM PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH

Bilangan pusat pra-sekolah yang dikendalikan oleh Majlis Pusat akan bertambah kepada empat (4) pusat, menyusuli kejayaannya memperolehi pusat Penjagaan Bayi atau Infant Care di kawasan Tampines; pusat Penjagaan Kanak-Kanak di kawasan Clementi baru-baru ini; dan sebuah lagi pusat pendidikan pra-sekolah yang bakal dibina di Kepulauan Riau Batam.

Read More

MEMBINA INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM ACUAN BUDAYA MELAYU ISLAM

Menggali khazanah budaya melayu Islam untuk membina institusi kekeluargaan yang berjaya; itu adalah antara isu utama yang akan dikupas oleh Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, penceramah dan pakar motivasi terkenal, di dalam satu simposium Pendidikan Ibubapa & Anak-Anak, anjuran Majlis Pusat pada hari Sabtu ini, 17 Disember 2011, jam 2.00ptg di Kallang Theatre, 1 Stadium Walk.

Read More

Projek Cahaya

Seratus (100) kanak-kanak sekolah dari keluarga kurang berkemampuan bakal menikmati lampu meja khas yang akan menerangi lagi suasana pembelajaran di rumah mereka. Lampu-lampu ini didermakan oleh Majlis Pusat, dan diedarkan kapada kanak-kanak tersebut melalui kerjasama Ihsan Kebun Limau, sebuah unit dari Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau yang mengendalikan program pembangunan untuk keluarga-keluarga berkenaan.

Read More

Perayaan Lampu Raya Geylang Serai, 2011

Raya Gemilang merupakan salah satu aspek acara Perayaan Lampu Raya Geylang Serai, yang dimuatkan oleh MediaCorp Suria atas dasar kerjasama kami dengan mereka. Ada beberapa aspek lagi tentang acara ini, seperti hiasan lampu di kawasan Geylang Serai, penganjuran bazaar raya, dan aktiviti-aktiviti 30-hari sepanjang bulan Ramadhan.

Read More