Majlis Pusat will be signing an agreement with Jamiyah Singapore to form and lead “The Singapore Secretariat of the “The Malay & Islamic World Orgnaisation” (“Dunia Melayu Dunia Islam” or DMDI). The signing ceremony will be witnessed by Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, President of DMDI, who is also the Chief Minister Minister of Melaka.
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
DMDI was formed in October 2000, with the objective of uniting Malay Muslim communities and disapora around the world. DMDI provides an annual platform for these communities to meet and discuss issues of common interests such as in the field of culture, language, social, education, economy, science and technology. DMDI has representations from 13 member countries which include Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Philippines, Cambodia, Sri Lanka, Madagascar, South Africa, Australia, United Kingdom, China and Singapore. Singapore is represented by Majlis Pusat and Jamiyah.
—————————————————————————————————————————————————–
METERAI PERJANJIAN: (Barisan depan, dari kiri) Timbalan Presiden Majlis Pusat, Encik Aman Nasir; Presiden Majlis Pusat, Encik Zulkifli; Presiden Jamiyah, Encik Abdul Karim Maidin; dan Timbalan Presiden Ketiga Jamiyah, Encik Ismail Rozi; menandatangani MOU bagi penubuhan Sekretariat DMDI Singapura, dengan disaksikan (barisan belakang, dari kiri) ahli jawatankuasa DMDI, Datuk Zainal Husin, Haji Mohd Jamil Mukmin, Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam dan Profesor Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah. — Foto KHALID BABA
14 Jan 2012
SINGAPURA
Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam S’pura ditubuh
Langkah demi bangunkan tamadun Melayu/Islam, termasuk dalam bidang sosio-pendidikan dan ekonomi
Oleh
Ervina Mohd Jamil
MAJLIS Pusat Pertubuhan- Pertubuhan Budaya Melayu Singapura dengan kerjasama Jamiyah akan memimpin Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Singapura demi membangunkan tamadun Melayu/Islam, termasuk dalam bidang sosiopendidikan dan ekonomi orang Melayu/Islam di sini.
DMDI sebuah gagasan beribu pejabat di Melaka yang dianggotai 16 negara, termasuk Singapura, yang diwakili Majlis Pusat dan Jamiyah.
Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi melaksana rancangan itu diadakan di Majlis Pusat di Kelab Masyarakat Toa Payoh Central, semalam.
Ia turut disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, yang juga Presiden DMDI.
Setiausaha Agung Majlis Pusat, Encik Saharudin Kassim, berkata Sekretariat DMDI Singapura akan menggabungkan kekuatan, prasarana, kemahiran, rangkaian dan pengalaman Majlis Pusat dan Jamiyah.
‘Dengan kerjasama Jamiyah, Majlis Pusat tidak akan setakat membicarakan seni dan budaya, bahkan memperjuangkan pembangunan tamadun Melayu/Islam, termasuk sosio-pendidikan dan ekonomi orang Melayu/Islam,’ katanya.
Menurut Encik Saharudin, dengan penubuhan Sekretariat DMDI itu, Majlis Pusat dan Jamiyah kini mempunyai lebih peluang menganjurkan acara-acara di bawah nama DMDI.
‘Kalau dahulu, umpamanya, DMDI Melaka menganjurkan acara-acara itu dan kami ikut serta program mereka, sekarang dengan penubuhan Sekretariat DMDI di Singapura, kami boleh menganjurkan acara-acara yang disertai kerabat DMDI dan dapat menggembleng dan berkongsi tenaga serta kepakaran bersama 15 negara lain anggota DMDI,’ katanya.
Anggota lain DMDI ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Madagascar, Afrika Selatan, Australia, Britain, China, Mesir, Timor Leste dan Bosnia-Herzegovina.
Encik Saharudin menambah bahawa sekretariat itu akan juga menyuntik nafas baru dalam program-program pembangunan masyarakat Melayu/Islam bagi manfaat masyarakat dan negara.
Sekretariat DMDI Singapura diketuai Presiden Majlis Pusat, Encik Zulkifli Mohammed, dan mempunyai lapan lagi ahli, kesemuanya daripada Majlis Pusat.





